Iklan Top

Top message

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Saturday, June 02, 2012

Rais Yatim kira kehadiran Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam cuma 13ribu?


Bagi yang hadir program Himpunan Hijau menuju Putrajaya semalam, semuanya berpuas hati dengan junlah kehadiran malah ramai yang terkejut dengan kehadiran yang cukup ramai.

Walaupun musim cuti sekolah tapi dengan tempoh promosi cuma 3 minggu dibuat pulak pada hari Jumaat dan tak kurang juga ramai yang terlibat dengan khenduri khendara hari ni, aku pun tak jangka kehadiran seramai tu.

Aku memang tak reti nak anggarkan kehadiran, ada member yang kata mungkin kehadiran melebihi 200,000 tapi aku lebih selesa kata kehadiran memang mencapai sasaran 100,000 orang macam penganjur harapkan.

Friday, June 01, 2012

Top Blog PR 1 Jun 2012 - Carta DaunKari



Ranking Malaysia untuk blog pro Pakatan Rakyat kali ni meningkat asikit saja, cuma 945 mata kepada 87,612 mata.

Blog yang meningkat paling banyak kali ni blog Anak Kampung Blog, hampir 5,000 mata dari tangga ke 70 ke tangga 40. Yang jatuh paling teruk pulak blog  Semut Malaysia, dari tangga ke 27 ke tangga 40.

Selain blog  Anak Kampung Blog turut masuk balik ke senarai blog  Debik Karmik dan  Mountdweller. Yang terkeluar dari carta pulak blog  Al-HusseynMalaysiaberih dan Tukang Lawan.

Hasrat geng MediaPerak.com nak capai ranking bawah 1,000 untuk carta kali ni nampaknya tak masih tak berjaya, pasainya MediaPerak.com down dah berapa hari pasai tak mampu tampung load sampai kena tukar guna dedicated server.

Ranking akan datang aku yakin MediaPerak.com senang-senang boleh cecah bawah 1,000 mata.

Lagi peraturan BANGANG dari SPR 'si anjing Umno'


Penat aku google "Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994" nak tengok macamana rupa seksyen tu tapi sampai ke sudah tak jumpa. Heran jugak aku, macam tu punya besar database www takkan takdak sorang pun yang terfikir nak upload akta tu.

Semalam aku jumpa artikel dalam Harakahdaily:
Beberapa laporan akhbar pada 31 Mei (hari ini) menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur.

Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. - Hrkh.

Thursday, May 31, 2012

Dengan pindaan Akta Keterangan ni penchachai Umno boleh pedajai sapa saja.


Oleh: Amanz.

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.

Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Iklan bawah posting

Komen terkini